aku hanya hamba yang suka berkongsi rasa.

About Me

My photo
Pasir Gudang, Johor, Malaysia
i used to write a lot, but stopped as i thought writing wasted my time. now that i have a reason to write again, i am here.

Blog Archive

Footer

Sunday, May 17, 2015

Pelawat tak diundang

Sabtu petang

Aku penat.
Separuh hari bersukan di tengah panas.
Usai mandi dan solat zohor, aku baring melelapkan mata.
Tiba-tiba ada suara.
"Shima, bangun. Please bangun"
Mizah.
Entah bila dia balik, aku tak sedar.
Dia tarik tangan aku, dengan air mata.
Hati tak senang.
Di bawah, pintu terbuka.
Bau di luar, Allah saja tahu.
Hanyir sungguh.
Nasib baik bau syampu dove masih kuat.
Rambut diguna buat elak loya.
2 ekor anak kucing dengan urinya.
Seekor sempurna sifat, tapi adiknya tidak.
Allahuakbar.
Jahatnya aku, aku tak sanggup melihat.
Aku lari naik atas, tak sanggup.
After 2mins, aku tak sedap hati.
Aku turun semula. Mizah masih di situ.
Digagahkan hati, kami pindahkan dalam besen.
"Maknya datang nanti," harapan di hati.
Sebab kucing itu terlalu kecil untuk disuapkan susu.
Kami tak tahu macam mana nak bantu.

Ahad
Satu rumah kesibukan. Hari sekolah.
Dengan sambutan hari guru, aku balik dengan extra penat.
Seperti biasa, aku rehat di bilik mengumpul tenaga untuk kelas malam.
7.45 malam, aku siap bertudung.
Tergerak untuk meninjau anak2 kecil di luar.
Satu kaku, mati.
Satu menggigil sejuk.
Allahuakbar.
Jahatnya aku, terlalu selfish mengutamakan hal diri.
Bukannya selalu pelawat ini datang.
Bodohnya aku langsung tak hiraukan.
Aku kemaskan yang kaku,
Aku selimutkan yang sejuk.
Harapnya balik kelas ni dia masih bernyawa.
Akan aku ikhtiarkan sesuatu.
Maaf kucing, kau melawat rumah orang yang tak berhati. Langsung tak peduli.
I hope I can still make up to the kitty.
The helpless and poor little kitty.

Stupid me.
Ignorant me.
Irresponsible me.

Friday, May 15, 2015

S to the t to the op

Kau datang lagi
Ibarat tiada apa terjadi
Kau senyum macam biasa
Tanya hari ni nak makan apa
Muka dan senyuman itu
Buat aku kelu
Tolonglah berhenti
Tolong betul-betul pergi

Walaupun dalam mimpi
Jangan pernah datang lagi

Thursday, May 14, 2015

Masih

Bodohnya aku,
Aku masih bercakap dengan ular.
Bodohnya aku,
Aku masih risau bila cuaca tak menentu.
Bodohnya aku,
Aku masih memikirkan.

Bukan sebab masih mengharap,
Bukan sebab masih sayang,
Bukan sebab aku desperate,
Mungkin sebab dulu aku ikhlas dan jujur tentang rasa.

Cukuplah hati, cukuplah.
Berhenti jadi bodoh.
Sebab kau rasa sendiri tanpa dia peduli.

menghantui

Terus bergerak jumpa teman
Singgah sebentar supermarket
Terlihat gadis muka yang manis
Nyanyi sama o-o-o-o-oh...

Denganku, denganmu
Ku berdiri di sini
Dan kau kau kau berdiri di sana
Tak perlu kau katakan apa lagi
Jika kau teru-u-us

Bukan maksud tuk memikat
Tapi kalau kau terpikat
Ku tak kisah, apa salahnya

Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyuman

Wednesday, May 13, 2015

Kenapa?

You chose to walk away like I meant nothing
You chose to leave as if promises are just trash
You claimed many things yet you proved others
And you left me puzzled with unanswered questions.

How could you?

Sleeping has been hard. Coz I'm afraid you'd come again, just to drop by and hurt me more. Like yesterday. :(

Wednesday, April 22, 2015

kanak-kanak sangat menghiburkan

aku mudah tertarik dengan perkara/benda/orang yang ada persamaan dengan aku.
kalau manusia, kebiasaannya sangat mudah untuk aku jadi rapat bila;

"kau suka one piece? aku pon!"
"oh my god! you are finger fetish? me too!"

oleh sebab aku ni sangat suka untuk suka sesuatu, possibility untuk senang rapat dengan orang adalah sangat tinggi. mungkin sebab itu orang gelar aku 'terlebih mesra alam'. campaklah di mana pon, aku boleh hidup dengan sesiapa. dan mungkin sebab itu jugaklah aku selalu kena marah sebab senang mesra. bahaya, kata mereka. well, danger is everywhere. i'm aware of that. but that does not mean we have to put barrier to everything? hilang keseronokan hidup. kan?

kenapa aku suka melalut dan menyimpang jauh daripada topik sebenar? kenapa?

kanak-kanak sangat menghiburkan.

the lengthy introduction is actually meant to say i love kids, i'm like a kid and i'm easily attached to kids. aku suka budak, aku kebudak-budakan (tapi cukup matang *ehem*) dan aku senang rasa terikat dengan budak. nak tambah aku comel macam budak boleh? ok geli.

dan post ini juga bertujuan untuk berkongsi dialog-dialog jujur, comel dan kadang-kadang memerangkap yang aku biasa hadap di sekolah. dan dialog-dialog ni juga yang buat aku bersemangat ke sekolah, despite all the workload, definitely. so here we go;

"cikgu miss shima!"

"miss shima, kenapa miss shima wangi? *sniffs* sebelum miss shima masuk saya dah boleh bau dari jauh."

"miss shima, bila nak kahwin?"

"miss shima, miss shima ada anak tak?"

"miss shima, kenapa dulu miss shima kurus?"

"miss shima, amin (bukan nama sebenar) kata dia nak kahwin dengan miss shima."

"miss shima, miss shima tak penat ke menjerit?"

"miss shima, nak berak."

"eleh miss shima tahu masak ke?"

"miss shima, mak saya cakap miss shima macam kakak."

terlalu banyak dialog yang menghiburkan (kadang-kadang buat aku berbunga-bunga) sampai tak ingat nak tulis apa lagi. dan sebagai penutup, nak tambah satu lagi tapi yang ini dalam bentuk cerita.

seperti kebiasaan, sebelum pulang murid akan beratur untuk salam. hari tu tak macam hari biasa sebab aku banyak kerja. so instead of lining up outside the class, this time the kids lined up at the teacher's table. sampai giliran seorang murid perempuan ni, dia sengih-sengih dari jauh. bila depan aku, dia salam dan tiba-tiba cubit pipi aku sambil cakap "geram!". that was my normal reaction when i saw babies. and i was so shocked, i didn't say anything until everyone was gone.

sekian untuk kisah aku dan kanak-kanak yang menghiburkan.


p/s: hidup untuk gembira. dan kita takkan pernah sangka hiburan itu datang dalam bentuk apa.





Sunday, April 19, 2015

kerinduan yang berat

susah kalau dilahirkan dengan sifat manja yang teramat dan tersangat
ada masa setiap saat kerinduan yang berat
tengah fasa kerinduan lah ni

yang mana tidur malam bertemankan gambar dan video
bangun pagi dimulakan dengan menatap gambar dan video
setiap masa terluang dihabiskan untuk gambar dan video

you're 25 shima amiza,
old enough to be less-attached

untuk yang dirindui
harapnya ada juga rasa rindu dalam mereka
walau sekelumit boleh buat aku orang paling bahagia

wahai luth dan arasy
alangkah baiknya andai kalian boleh membaca
ucu rindu berat tahu?
ucu rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuu


hidup sebagai ucu memang untuk rindu
ketawa itu
tangisan itu
rengek itu

"ucu cem tak?" tanya aku
"ucu tam," jawab arasy
yang itu pon ucu rindu

percayalah, Dia ada

antara kata-kata yang terkesan pada aku,

"tiada suatu kegembiraan pun yang engkau rasakan bersifat kekal dan tiada gunanya bersedih hati kerana ia tidak akan mengembalikan orang yang tiada kepadamu"

(Jangan bersedih; Jadilah wanita yang paling bahagia)


pernah dulu aku berkongsi betapa sweetnya Dia, tak pernah kekusutan dan kesedihan aku tak diberi jawapan. kali ini berbeza kerana cara biasa yang aku guna untuk mencari jawapan tak lagi berkesan. beberapa kali juga aku cuba flip naskhah suci itu secara random, tapi tak satu pon kalimah itu memberi jawapan. jadi aku mula mencari alternatif. sebab aku percaya, Dia gunakan pelbagai cara untuk membantu, terpulang pada hambaNya untuk mencari 'pintu' yang betul. kali ni aku cuba untuk mencari melalui bahan penulisan. kesinambungan bagi kisah buku yang aku kongsi sebelum ni, sungguh niat aku ke Harris hanya untuk mengisi masa, memandangkan aku paling lemah bab teman orang shopping. terasa longgar semua skru di kaki. kebiasaannya bila aku ke kedai buku, aku hanya tertarik ke bahagian buku kanak-kanak dan novel bahasa inggeris. entah kenapa kali ni kaki melangkah ke bahagian lain dan terus tertarik dengan buku itu. mungkin bagi orang lain, segalanya nampak biasa. tapi pada mata aku, indah sungguh kisah itu. kalau Dia tak memberi aku 'rasa' untuk ke Harris, mungkin sampai sekarang aku masih buntu mencari jawapan.


"Sesungguhnya orang yang tak meminta kepada-Nya, Allah akan marah padanya" 
(HR Tirmizi)


hidup untuk meminta
hanya pada Dia


p/s: lapar jam 1 pagi. apesal kau shima?


Friday, April 17, 2015

lagi?

mimpi lagi
kali ini tiada wajah
tiada kelibat
tiada bayang



yang ada hanya pesanan
"take care"
dan hanya itu tertera di skrin telefon yang retak itu
dan semestinya bersama nama



aku tidur berjam lamanya
tapi hanya disapa mimpi sependek itu?
hanya gambaran skrin telefon?
syukurlah masih ada



hidup untuk bermimpi
mujur bukan di siang hari



p/s:
si lalat yang dibenci datang lagi
incurable hatred just gets deeper

responsibility

hope
freedom
beauty


finally the themes are out. i'm supposed to start writing by now, but the ideas don't cooperate well.
come on shima amiza! you did well last year, and i'm sure people will expect more from you.

the fact that i rarely disappoint people when it comes to skills and talents, scares me each time.
it is undeniably motivating, but it pressurises me more.
come on shima amiza! you have faced far better deal.




poetry recitation competition, just you wait
we've got this, kids
miss shima got your back



i live not to impress,
i just want to excel.

kiriman terbaik

otak sudah mula untuk tidak terlalu memikirkan
sebab otak faham keadaan hati yang rapuh dan perlu dijaga rapi
tapi otak dan hati keduanya memahami
perasaan itu, tak siapa boleh kawal
jika rasa itu nak datang, ia datang
dan ia tahu bila untuk pergi

yang pastinya, kali ini yang datang bukan rindu
sebab rindu dah dikurung sebab terlalu liar dan nakal
tapi kenapa risau datang tiba-tiba?
hati tegur, "dah besar orangnya, pandailah jaga diri"
tapi perasaan tetap sama rasanya
entah kenapa?

buat apa terlalu layankan rasa itu
kasihan otak penat memikirkan
dan kasihan hati yang bertarung dengan perasaan
jadi aku putuskan
kirimkan saja doa, moga orangnya baik-baik sahaja
aku mungkin tiada kuasa untuk buat apa-apa
tapi Allah kan ada
tak banyak yang aku minta
asalkan sihat fizikal dan fikirannya
jadilah


Allah kan dah janji,
40:60

hidup untuk belajar menzahirkan rasa melalui doa
itu yang terbaik


Sunday, September 23, 2012

sakit

sakit itu menggigit
pedihnya, bagai perut dirobek-robek
aku pusing kiri, pusing kanan
sakit tetap sakit
tidur terganggu, minda buntu

aku mencari
seseorang untuk berkongsi
tapi tiada

terima kasih sakit
sebab buatku sedar
adalah lebih sakit lagi
bila tiada orang simpati

aku menunggu ucapan itu
"kasihan kau, aku harap aku ada di situ"
tapi.. kosong..
hanya sakit menemani aku


Friday, September 14, 2012

Yang Maha Adil

Alhamdulillah.. Penantian berakhir dengan tangisan gembira.. I'm finally an aunt to a beautiful nephew.

I had a really difficult time last night. I thought being scolded by a stranger was disasterous enough. But I guess being scolded by the dearest one was even worse. Semalam seharian aku tak tenteram. Dengan demam, selesema, badan tak selesa.. Tambah lagi dengan risau pasal akak ipar yang tengah sakit nak deliver baby.. Aku harap sangat dapat tidur lena malam since I needed enougb rest for today's trip. Tapi tak jugak dapat rehat yang cukup. Aku perlukan seseorang untuk berkongsi sedih ni, tapi aku tak tahu nak pergi kat siapa.

Allah tak pernah hampakan aku. Bila aku di saat nak rebah, Dia bagi aku kegembiraan untuk memujuk hati. Kesedihan yang buat aku rasa nak meletup, harini Allah ubati dengan berita gembira dari rumah. Alhamdulillah.

Blog ni pon aku anggap satu nikmat Allah sebab dia bagi aku ilham untuk tulis semua kat sini dan senyum semua.

Alhamdulillah untuk semuanya.

p/s: tangisan kesedihan diganti dengan tangisan gembira. blessed.

Tuesday, August 28, 2012

Knot

Lately, I thought a lot about marriage. Tie the know, omputih cakap. I'm 22 and many same-age mates have built their masjid. To say I dont feel anything about that, its a lie. In fact, I have been talking about this with my insyaAllah-soon-to-be soulmate too. Nikah gantung is an option we consider. But when thinking about study and stuff, we choose to ignore that option.

I feel really matured that i've started thinking about future. And I pity those people who have this sick mentality. "dah gatal sangat lah tu, x sabar nak kawen". Go smack yourselves, people. When we say we want to get married, that means we want to start a better life. No more dating and creating fitnah. Wanting to tie the knot means we are ready for commitments and responsibilities. Arent they good?

For the time being, the best option we have is to study hard, farid especially. I'm happy to see him being excited talking about marriage and that he says, "if only I could afford to marry you now, I would have".

Oh my. <3

Thursday, August 9, 2012

Bad days in ramadhan

I had a few bad times last few weeks. It all happened in the holy month, ramadhan...

It was monday. I was fasting like everyone else, woke up for sahur, went to class till 5 in the evening. After class, I went back home, rushing to solat asar and suddenly.... The japan attacked! And yes, it was 15 minutes before break fasting. Awesome.

The second story. Few days after the first one. I went to the supermarket for my weekly groceries shopping. Instead of a trolley, I took a basket. I thought it was going to be a very economical shopping. Sadly, it wasnt. So I ended up with a heavy full basket. When it was time to pay, I heard an announcement. Eftpost system (pay using your atm card) was down. Damn. I only bought my atm card, my phones and my house key. Great. So I decided to withdraw some money from the atm machine, just I front of new world.

There came the 3rd unfortunate incident. I queued a very long queue. After 15 minutes, I left with only 4 persons I front. Suddenly someone said, "i think the atm is out of service". It was beyond crap. I decided to wait and managed to go home with everything settled half an hour later.

Dugaan bulan puasa.
What do you reckon?

Wednesday, July 25, 2012

Bila terasa rindu

Lately perasaan homesick tu makin menjadi-jadi. Mungkin sebab sekarang bulan puasa. Mungkin lah. And bila perasaan tu datang, mesti nak skype dengan family. I know i'm supposed to feel happy seeing their faces, laughing with them. But somehow when I see them on the screen, they seem to be very far that my hands could not even reach. Do you understand the feeling when you see something but u couldnt get hold on it? They are vivid yet virtual. Oh, I wish I could be like doreamon, with a door in my pocket.

Saturday, July 14, 2012

perihal buta dan menangis (?)

tadi aku tengok satu movie ni, entitled 'blind'. it's a korean movie, about a serial murder with a blind woman as the main witness. i can say it's a good movie. an excellent one, i guess. the storyline, the actors, the setting, the action. everything is perfect. lately disebabkan faktor umur yang semakin meningkat dewasa tua, aku senang betul nak menangis. dalam movie ni, bila tengok anjing perempuan tu mati, aku menangis sepenuh hati. dramatik sangat. ok, sekarang proceed dengan movie dulu before kita cerita perihal aku yang gembeng ni. (gembeng = kuat menangis). kalau korang jenis yang lemah semangat tahap tak boleh nak selamat, aku nasihatkan jangan la tengok. sebab ada few scenes yang kejam dan "too much" (if you know what i'm saying). untuk orang yang separa lemah semangat macam aku ni, lepas tengok pon dah mual-mual dan pening-pening, so korang yang kronik tu apatah lagi kan. so aku nasihatkan, pegi tengok kartun je.


disebabkan faktor umur jugak, sekarang aku cepat betul reflect dengan apa yang jadi kat sekeliling aku. this time, lepas tengok movie ni banyak jugak la yang aku reflect. ambil ibrah, orang kata. antara lessons yang aku nak share:


(i) blind = incapable? big nay.
bukan buta sahaja, apa-apa pon disability dalam dunia ni, jangan pernah kita pandang rendah. Allah kan adil. Dia lebihkan satu bab, Dia kurangkan bab yang lain untuk balance. especially after ambil course inclusive education ni, makin hari aku makin sensitif dengan isu discrimination towards disabled people. mereka mampu macam kita, cuma cara penyelesaian berbeza. as simple as that. macam dalam cerita ni, walaupun perempuan tu buta, deria pendengaran, deria bau and ability untuk predict benda sangat tinggi. lebih hebat daripada orang biasa. walaupun buta, dia duduk berdikari, semua buat sendiri. kagum. aku yakin dalam realiti, memang wujud golongan macam ni. tahniah director and script writer sebab tunjukkan contoh yang baik.


(ii) pets are men's best company
men kat sini merujuk kepada general population, as in people in general. senang, nak heading simple. dalam cerita ni the blind lady has a dog. dia tinggal dengan dog ni, pergi mana2 semua dengan dog ni. tersangatlah terharu bila tengok scene perempuan ni sedih, anjing tu datang letak kepala kat perut dia. exactly like what one of my cats used to do. tangkap leleh sebentar. and paling menyayat hati bila scene anjing tu mati when she was trying to protect her owner. she was stabbed when she was biting and dragging the criminal away. betapa indahnya Allah ciptakan haiwan untuk jadi teman manusia. memang bersyukur sangat. Alhamdulillah aku dilahirkan untuk sedar kepentingan kucing dalam hidup manusia dan merasa sendiri manisnya hubungan itu. mashaAllah. 


(iii) penjenayah sekarang lebih hebat dan bijak bestari daripada doktor dan engineer
dalam cerita ni, the criminal is actually a surgeon. terkejut mak. oleh sebab dia pon doktor, memang wajar lah kepala otak dia bergeliga fikir cara nak buat jahat. tapi kebetulan je sebenarnya yang criminal ni doktor yang bijak. bukan nak kata in real life orang2 bijak ni semua ada tendency nak jadi criminal. tidak. nak katanya orang2 jahat sekarang memang bijak. ada je benda jahat diorang terfikir nak buat. dan cara mereka buat jahat tu sangat kretif dan kadang2 kita pon tak pernah terfikir nak buat. kalau tak, takkan la sekarang senang-senang orang dapat rompak bank kan? so ibrah daripada movie ni, bukannya nak encourage kita buat jahat asalkan kita kretif. oh tidak sama sekali. nak katanya, kita perlu la berhati-hati dan gunakan kretiviti dan kepandaian kita tu untuk mengelakkan jenayah. in fact, kita kena lebih pandai dan kretif daripada criminal2 ni. gunakan kepandaian untuk kebaikan. insyaAllah. 


cukuplah 3. panjang berjela sangat pon orang tak baca. ya, dak? hehe


so kesimpulannya, tengok la movie ni jika anda cukup kuat dan ambil ibrah bersama macam saya. wehoo! ^^


by the way, siapa cakap korea ada kpop je? yang minat korea semua buang masa? it depends on which ones you CHOOSE to watch. kpop pon boleh asal berpada. *facepalm*




berbalik kepada kisah aku yang lately kuat menangis. kadang-kadang lepas menangis aku fikir balik, ape kejadahnya aku menangis beria sangat? and then aku fikir balik apa sebab aku nangis tadi. most of the time pasal benda kecil je. pelik tapi benar. dasar umur meningkat. contoh keadaan yang aku rasa aku menangis bila TAK perlu:


(i) tengok video orang kawen. WHAT?! yes, aku memang akan menangis tengok video orang kawen. orang kawen live pon aku menangis jugak. kalau sedara mara ok jugak tapi strangers pon aku akan nangis. bukan saja video, tengok gambar pon cukup. especially time nikah. terharu katanya. atau teringin? malas nak komen.


(ii) semalam bercerita kisah lama dengan farid (bf). aku tiba-tiba teringat masa dia accident dan luka dekat muka and mata. then aku nangis. WHAT?! yes, aku nangis sebab aku terbayang dia sakit. that incident happened 6 years ago, yes, 6 years. sekarang dia tengah hidup bahagia bergembira melepak main game. shima.. shima.. tsk tsk tsk


(iii) aku nangis bila tengok orang nangis. kalau kawan, sahabat dan keluarga takpa, ni strangers. bukan saja in reality but also virtually. aku tak lah gila sangat bila nak nangis sesuka hati tanpa tau context cerita sebalik tangisan. aku mesti tau konteks la. contoh tangisan aku yang TAK perlu. haritu aku tengok video. perempuan tu terharu dapat hadiah birthday, dia menangis dan aku menangis sekali. WHAT?! yes, aku menangis sekali. sadis benar hidup kau shima? *duh


entah kenapa aku rajin menulis hari ni, aku pon tak tau. tapi apa yang aku tulis ni memang aku nak share dengan semua. just for fun. 


by the way, for those yang rasa2 nak tengok movie yang aku share tadi, boleh la tengok kat bawah ni or direct link ke Youtube. 




sekian dulu untuk entry kali ni.
assalamualaikum.

Thursday, July 12, 2012

my love, my story, my memory

there was a boy i met at school who loved to sleep in class. he had this sleeping habit. he would cross his legs, left hand on his lap, right hand on the table, head on the right hand. then he would sleep soundly as if he owned the world. i loved watching him sleeping. his habit never changed until the last day we were together at school. it was on the 17th November 2006. the memory is still vivid until now. i believe it would eternally.


there was a time, when i was watching him sleeping, i suddenly had the urge to come closer to him. then i slowly came closer, and closer. i sat there quietly, watching. i didnt wake him up until 10 minutes later, he opened his eyes, smiling. i asked him if i was disturbing. he said nay and asked me to stay. we both smiled, we chatted, we laughed and we teased each other as time flied. when it was recess time, we both rushed to have our brunch. suddenly he paused and whispered, "sit here after recess, ok?" i nodded and my heart melted.


i seriously don't know what makes me interested in him. til now. my heart just said, "it's him". it has been years and we are still counting every minute and every second we are together. those memories we shared, and everything that we have been through, they're too precious to be thrown away. therefore, i decided to keep them and store them deep in my heart, with the door locked with a huge padlock and a heavy steel chain. i hope that one day, when we are full with grey hair, and when we are both busy playing and laughing with our grandchildren, we could reminisce these moments and smile.


i'm sure i'ill get goosebumps all over when i read this again. but who cares?

Tuesday, July 3, 2012

been a while aye?

holla!
assalamualaikum semua!
oh terasa artis sekejap sebab lepas sekian lama menghilang, aku menulis balik. bukan tak bukak blogger dan bukan sebab tak sempat. hari-hari aku bukak dashboard but i didn't feel like writing anything though i have thousands of words to share. lately my emotion sangat2 lah tak stabil. especially this week, ohmaigod tak ingat berapa tong air mata aku sedekahkan pada bantal. tapi tak semuanya duka, Alhamdulillah. result semester ni dah keluar and Alhamdulillah again, aku lebih daripada hanya tersenyum. rezeki Allah bagi kan. walaupun effort memang tak commendable, tapi dah rezeki kan. heh heh. aku dah mula bosan dan merapu, maka terkueluarlah semua perkataan ini, yang mana aku rasa sangat bosang. oh whatever.

another good news for me is that i have bought my flight tickets to aussie. Alhamdulillah. thanks jetstar sebab buat promo yang aku mampu nak beli. insyaAllah i'ill be flying to sydney and melbourne. i really cant wait to meet kak fatin in melbourne. the moment i've been waiting for so long.

by the time you read this, i might have left home. yes, again. tomorrow will be another exciting day and yes, another winter trip. tak sabar nak main ski! wohoo! i'ill be going to queenstown for the fourth time already. but this time will definitely be a joyful one since it's winter and it's snowing down there. hopefully i can cope with the weather where i heard it's -7 degree celsius at night. *pray*

ok, it's time to go.
i'ill write more later.

xoxo

Wednesday, April 4, 2012

hati itu

pernah tak rasa satu perasaan bilamana kau terlalu lemah untuk menghadapi dunia. kau perlukan sokongan. kau perlukan seseorang yang kau sangat percaya, yang boleh dijadikan tempat bergantung. tapi di saat itu juga, kau dicampak jauh, pergantungan yang kau harapkan, dipijak-pijak. perasaan kau, ditepis kasar. pernah tak? pedihnya perasaan itu, takda orang yang tahu. kau meraung sendiri, menangis di penjuru, sendiri.








beriku kekuatan ya Allah. dugaan yang Kau beri sudah cukup besar untuk dibebankan dengan perasaan ini lagi. akhirnya aku terbiar sendri.