disebabkan faktor umur jugak, sekarang aku cepat betul reflect dengan apa yang jadi kat sekeliling aku. this time, lepas tengok movie ni banyak jugak la yang aku reflect. ambil ibrah, orang kata. antara lessons yang aku nak share:
(i) blind = incapable? big nay.
bukan buta sahaja, apa-apa pon disability dalam dunia ni, jangan pernah kita pandang rendah. Allah kan adil. Dia lebihkan satu bab, Dia kurangkan bab yang lain untuk balance. especially after ambil course inclusive education ni, makin hari aku makin sensitif dengan isu discrimination towards disabled people. mereka mampu macam kita, cuma cara penyelesaian berbeza. as simple as that. macam dalam cerita ni, walaupun perempuan tu buta, deria pendengaran, deria bau and ability untuk predict benda sangat tinggi. lebih hebat daripada orang biasa. walaupun buta, dia duduk berdikari, semua buat sendiri. kagum. aku yakin dalam realiti, memang wujud golongan macam ni. tahniah director and script writer sebab tunjukkan contoh yang baik.
(ii) pets are men's best company
men kat sini merujuk kepada general population, as in people in general. senang, nak heading simple. dalam cerita ni the blind lady has a dog. dia tinggal dengan dog ni, pergi mana2 semua dengan dog ni. tersangatlah terharu bila tengok scene perempuan ni sedih, anjing tu datang letak kepala kat perut dia. exactly like what one of my cats used to do. tangkap leleh sebentar. and paling menyayat hati bila scene anjing tu mati when she was trying to protect her owner. she was stabbed when she was biting and dragging the criminal away. betapa indahnya Allah ciptakan haiwan untuk jadi teman manusia. memang bersyukur sangat. Alhamdulillah aku dilahirkan untuk sedar kepentingan kucing dalam hidup manusia dan merasa sendiri manisnya hubungan itu. mashaAllah.
(iii) penjenayah sekarang lebih hebat dan bijak bestari daripada doktor dan engineer
dalam cerita ni, the criminal is actually a surgeon. terkejut mak. oleh sebab dia pon doktor, memang wajar lah kepala otak dia bergeliga fikir cara nak buat jahat. tapi kebetulan je sebenarnya yang criminal ni doktor yang bijak. bukan nak kata in real life orang2 bijak ni semua ada tendency nak jadi criminal. tidak. nak katanya orang2 jahat sekarang memang bijak. ada je benda jahat diorang terfikir nak buat. dan cara mereka buat jahat tu sangat kretif dan kadang2 kita pon tak pernah terfikir nak buat. kalau tak, takkan la sekarang senang-senang orang dapat rompak bank kan? so ibrah daripada movie ni, bukannya nak encourage kita buat jahat asalkan kita kretif. oh tidak sama sekali. nak katanya, kita perlu la berhati-hati dan gunakan kretiviti dan kepandaian kita tu untuk mengelakkan jenayah. in fact, kita kena lebih pandai dan kretif daripada criminal2 ni. gunakan kepandaian untuk kebaikan. insyaAllah.
cukuplah 3. panjang berjela sangat pon orang tak baca. ya, dak? hehe
so kesimpulannya, tengok la movie ni jika anda cukup kuat dan ambil ibrah bersama macam saya. wehoo! ^^
by the way, siapa cakap korea ada kpop je? yang minat korea semua buang masa? it depends on which ones you CHOOSE to watch. kpop pon boleh asal berpada. *facepalm*
berbalik kepada kisah aku yang lately kuat menangis. kadang-kadang lepas menangis aku fikir balik, ape kejadahnya aku menangis beria sangat? and then aku fikir balik apa sebab aku nangis tadi. most of the time pasal benda kecil je. pelik tapi benar. dasar umur meningkat. contoh keadaan yang aku rasa aku menangis bila TAK perlu:
(i) tengok video orang kawen. WHAT?! yes, aku memang akan menangis tengok video orang kawen. orang kawen live pon aku menangis jugak. kalau sedara mara ok jugak tapi strangers pon aku akan nangis. bukan saja video, tengok gambar pon cukup. especially time nikah. terharu katanya. atau teringin? malas nak komen.
(ii) semalam bercerita kisah lama dengan farid (bf). aku tiba-tiba teringat masa dia accident dan luka dekat muka and mata. then aku nangis. WHAT?! yes, aku nangis sebab aku terbayang dia sakit. that incident happened 6 years ago, yes, 6 years. sekarang dia tengah hidup bahagia bergembira melepak main game. shima.. shima.. tsk tsk tsk
(iii) aku nangis bila tengok orang nangis. kalau kawan, sahabat dan keluarga takpa, ni strangers. bukan saja in reality but also virtually. aku tak lah gila sangat bila nak nangis sesuka hati tanpa tau context cerita sebalik tangisan. aku mesti tau konteks la. contoh tangisan aku yang TAK perlu. haritu aku tengok video. perempuan tu terharu dapat hadiah birthday, dia menangis dan aku menangis sekali. WHAT?! yes, aku menangis sekali. sadis benar hidup kau shima? *duh
entah kenapa aku rajin menulis hari ni, aku pon tak tau. tapi apa yang aku tulis ni memang aku nak share dengan semua. just for fun.
by the way, for those yang rasa2 nak tengok movie yang aku share tadi, boleh la tengok kat bawah ni or direct link ke Youtube.
sekian dulu untuk entry kali ni.
assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment