aku hanya hamba yang suka berkongsi rasa.

About Me

My photo
Pasir Gudang, Johor, Malaysia
i used to write a lot, but stopped as i thought writing wasted my time. now that i have a reason to write again, i am here.

Blog Archive

Footer

Sunday, April 19, 2015

percayalah, Dia ada

antara kata-kata yang terkesan pada aku,

"tiada suatu kegembiraan pun yang engkau rasakan bersifat kekal dan tiada gunanya bersedih hati kerana ia tidak akan mengembalikan orang yang tiada kepadamu"

(Jangan bersedih; Jadilah wanita yang paling bahagia)


pernah dulu aku berkongsi betapa sweetnya Dia, tak pernah kekusutan dan kesedihan aku tak diberi jawapan. kali ini berbeza kerana cara biasa yang aku guna untuk mencari jawapan tak lagi berkesan. beberapa kali juga aku cuba flip naskhah suci itu secara random, tapi tak satu pon kalimah itu memberi jawapan. jadi aku mula mencari alternatif. sebab aku percaya, Dia gunakan pelbagai cara untuk membantu, terpulang pada hambaNya untuk mencari 'pintu' yang betul. kali ni aku cuba untuk mencari melalui bahan penulisan. kesinambungan bagi kisah buku yang aku kongsi sebelum ni, sungguh niat aku ke Harris hanya untuk mengisi masa, memandangkan aku paling lemah bab teman orang shopping. terasa longgar semua skru di kaki. kebiasaannya bila aku ke kedai buku, aku hanya tertarik ke bahagian buku kanak-kanak dan novel bahasa inggeris. entah kenapa kali ni kaki melangkah ke bahagian lain dan terus tertarik dengan buku itu. mungkin bagi orang lain, segalanya nampak biasa. tapi pada mata aku, indah sungguh kisah itu. kalau Dia tak memberi aku 'rasa' untuk ke Harris, mungkin sampai sekarang aku masih buntu mencari jawapan.


"Sesungguhnya orang yang tak meminta kepada-Nya, Allah akan marah padanya" 
(HR Tirmizi)


hidup untuk meminta
hanya pada Dia


p/s: lapar jam 1 pagi. apesal kau shima?


No comments:

Post a Comment